Negeri lain perlu ambil tindakan terhadap Sanusi - Razeef

Razeef
Razeef
A
A
A

SHAH ALAM - Negeri lain khususnya yang mempunyai sultan atau raja sebagai pemimpin tertinggi perlu mengikuti langkah Selangor mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin berkata, ini kerana berdasarkan kepada penelitian ucapan dibuat Muhammad Sanusi, ia juga didakwa bukan sahaja menghina Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Idris Shah tetapi turut mempertikai keturunan institusi diraja negeri lain.

”Apabila saya melihat dan mendengar semula ucapan beliau, ia bukan sahaja menghina Sultan Selangor malah kenyataan beliau seakan-akan menghina keturunan sultan-sultan negeri lain.

“Ia seolah-olah hanya Sultan Kedah hari ini 'satu-satunya sultan' seperti yang didakwa Sanusi berasal dari keturunan raja-raja yang sah.

“Oleh itu, pada hemat saya, beliau (Muhammad Sanusi) bukan hanya sekadar perlu diambil tindakan di negeri Selangor bahkan di setiap negeri yang mempunyai sultan mahupun raja sebagai pemimpin tertinggi negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada 14 Julai melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 31 laporan polis di seluruh negara membabitkan kenyataan Muhammad Sanusi yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Susulan daripada isu tersebut, pada Selasa, beliau ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, kira-kira jam 3 pagi di dalam sebuah bilik hotel tingkat 33A di Mont Kiara.

Razeef menjelaskan, kesucian sultan-sultan perlu dijaga daripada dihina secara terang-terangan walaupun kenyataan itu dikeluarkan oleh seseorang individu berstatus Menteri Besar.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan beberapa pemimpin Pas yang menganggap Muhammad Sanusi sebagai hero.

“Adakah perbuatan menghina dan mempersenda raja-raja Melayu adalah tindakan yang boleh dianggap sebagai wira?

“Keputusan terhadap pendakwaan Sanusi bukanlah bersifat politik kerana kesalahan yang dibuat tidak melibatkan mana-mana pemimpin parti politik dalam kerajaan tetapi isu penghinaan institusi raja-raja Melayu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah