Tarik balik perkenan Festival Seri Menanti

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
A
A
A
SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menarik balik perkenan yang pernah diberikan kepada Pengarah Eksekutif, Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia, Dr Helmi Ibrahim untuk menganjurkan Festival Seri Menanti.

Menerusi kenyataan media Setiausaha Sulit baginda, serentak dengan itu juga, baginda turut menitahkan baginda bukan Penaung Diraja Festival Seri Menanti.

“Baginda tidak pernah melantik mana-mana individu atau institusi menjalankan kutipan derma dan tajaan bagi menjayakan program itu.

“Tuanku juga tidak pernah bertitah menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada sesiapa yang terlibat penganjuran Festival Seri Menanti,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, semua institusi dan orang ramai yang pernah dihubungi oleh sesiapa juga berkaitan perkara di atas adalah dinasihatkan untuk membuat laporan polis kerana ia adalah merupakan satu penipuan.
Artikel Berkaitan: