Malaysia dahului senarai 10 tempat selamat untuk bersara di Asia

Malaysia dianggap sebagai tempat persaraan terbaik di Asia setelah disenaraikan di tempat pertama dalam 10 tempat paling selamat untuk bersara di rantau itu dengan perbelanjaan kurang daripada AS$2,000 sebulan. - Gambar hiasan
Malaysia dianggap sebagai tempat persaraan terbaik di Asia setelah disenaraikan di tempat pertama dalam 10 tempat paling selamat untuk bersara di rantau itu dengan perbelanjaan kurang daripada AS$2,000 sebulan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dianggap sebagai tempat persaraan terbaik di Asia setelah disenaraikan di tempat pertama dalam 10 tempat paling selamat untuk bersara di rantau itu dengan perbelanjaan kurang daripada AS$2,000 sebulan, menurut syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di AS, Nasdaq.

Menurut Nasdaq, dalam artikel di bahagian GoBankingRates baru-baru ini, untuk menyenaraikan negara-negara tersebut, ia telah memperoleh data daripada Kumpulan Rantau Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) WorldPopulationReview.

Ia juga memperoleh angka kos sara hidup daripada Numbeo, dan Indeks Keamanan Global daripada Laporan Indeks Keamanan Global Institut Ekonomi dan Keamanan 2022. Nasdaq juga telah menetapkan bahawa negara-negara itu perlu mempunyai indeks keamanan global di bawah 2.0 untuk melayakkannya disenaraikan.

Mendahului senarai ialah Malaysia dengan indeks keamanan global 1.471 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,066.

"Malaysia di tempat pertama dengan indeks kos sara hidup 22.9, dan KDNK AS$481.9 trilion. Dengan purata perbelanjaan bulanan lebih AS$1,000, ia adalah tempat yang sangat baik untuk dipertimbangkan oleh pesara," menurutnya.

Kuwait di tempat kedua dengan indeks keamanan global 1.739 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,741.

Menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Kuwait tidak serendah beberapa negara lain dalam senarai itu, iaitu 37.4, tetapi kos sara hidup keseluruhan digabungkan dengan skor indeks keamanan global menjadikannya tempat yang baik untuk bersara.

Menyusul ditempat ketiga ialah Mongolia dengan indeks keamanan global 1.775 dan purata kos sara hidup bulanan AS$940, dan menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Mongolia terikat pada yang terendah dalam senarai dengan Indonesia, iaitu 20.2, namun KDNKnya adalah terendah dalam senarai itu, pada AS$21 trilion.

Vietnam di kedudukan keempat dengan indeks keamanan global pada 1.786 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,117, diikuti Indonesia dengan indeks keamanan global sebanyak 1.800 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$940 serta Jordan dengan indeks keamanan global sebanyak 1.849 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,331.

Kemboja disenaraikan di tempat ketujuh dengan indeks keamanan global 1.882 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,387, diikuti Oman dengan indeks keamanan global 1.889 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,513.

Disenaraikan di tempat kesembilan ialah Cyprus dengan indeks keamanan global 1.903 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,964, dan terakhir dalam senarai itu ialah Nepal dengan indeks keamanan global 1.947 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$684. - Bernama