Maut jatuh dari tingkat 4

Mangsa berusia 29 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat perumahan awam di Salak Selatan, Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah perumahan awam di Salak Selatan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian itu diketahui pihaknya selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12 tengah hari.

"Siasatan awal dapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan. Berdasarkan kenyataan awal saksi ada melihat mangsa memanjat balkoni sebelum terjatuh," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mangsa berusia 29 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat perumahan awam di Salak Selatan, Kuala Lumpur, tengah hari semalam.
Mangsa berusia 29 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat perumahan awam di Salak Selatan, Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Artikel Berkaitan: