Kerajaan kaji kesesuaian Statut Rom dengan budaya tempatan

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dalam usaha melangkah ke depan, kerajaan akan mengkaji kesesuaian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam konteks budaya tempatan.

Perdana Menteri menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan jika Malaysia memutuskan untuk meratifikasikan statut berkenaan.

Statut Rom adalah perjanjian yang menubuhkan ICC yang diperakukan di Rom pada 17 Julai dan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2002.

Dr Mahathir berkata kerajaan terpaksa membatlkan keputusannya untuk meratifikasikan perjanjian itu kerana disebabkan oleh beberapa orang yang tidak tahu langsung mengenai perjanjian itu telah memutarbelitkan maklumat itu.

"Tetapi kita akan menerangkan kepada mereka mengapa Statut Rom tidak akan memudaratkan sesiapa yang bukan penjenayah,” katanya pada sidang media khas bersempana Ulang Tahun Pertama Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, di sini hari ini. Beliau berkata sama ada Malaysia menjadi Negara Pihak kepada Statut Rom atau sebaliknya, seluruh dunia akan menentang sesebuah negara jika ada berlaku kesalahan.

Misalnya, Dr Mahathir berkata, kerajaan Myanmar tidak terkecuali daripada kecaman dan tindakan antarabangsa kerana gagal melaksanakan sebarang usaha membela nasib kumpulan etnik Rohingya dan sebaliknya menyokong penghapusan kaum itu.

"Walaupun Myanmar tidak menyertai Statut Rom tetapi komuniti antarabangsa telah mengutuk dan mengambil tindakan terhadap negara itu,” katanya.

Pada 5 April lalu, Dr Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan keputusan itu bukan disebabkan perjanjian itu akan memudaratkan negara. - Bernama