Kerani ugut tumbuk Mufti Perlis didakwa

mahkamah
mahkamah
A
A
A

KANGAR - Seorang kerani sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun, Y Kumaresan, 36, dari Gelugor, Pulau Pinang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Kumaresan didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Asri dengan niat untuk menyebabkan cedera parah iaitu 'akan punch (tumbuk) mulut you (awak) sampai masuk wad’. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah alamat di Padang Besar kira-kira 6 petang pada 1 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Norhayati Ibrahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 17 Mei ini untuk serahan dokumen dan pelantikan peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu ugut cederakan Mufti Perlis dicekup

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Hajar Ahmad bertindak sebagai peguam sementara mewakili tertuduh. - Bernama

Artikel Berkaitan: