Guna khidmat 'runner' beli makanan

Seorang warga Pakistan (kanan) dikesan ketika sedang memesan makanan di sebuah gerai di Bukit Rambai pada hari pertama Ops Ramadan, hari ini.
Seorang warga Pakistan (kanan) dikesan ketika sedang memesan makanan di sebuah gerai di Bukit Rambai pada hari pertama Ops Ramadan, hari ini.
A
A
A

MELAKA - Gunakan khidmat penghantar makanan sebagai cara terbaharu segelintir umat Islam yang tidak berpuasa bagi mengelak pergerakan mereka dapat dilihat pihak berkuasa.

Tindakan tersebut disedari pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan Ops Ramadan sekitar Melaka Tengah pada hari pertama umat Islam berpuasa, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, kebiasaannya kaki ponteng puasa terbabit akan menghubungi penghantar makanan menerusi panggilan telefon untuk menghantar makanan yang dipesan di lokasi tertentu.

"Perkara itu disedari ketika sedang menjalankan Ops Ramadan di sekitar Klebang apabila terlihat dua lelaki bermotosikal dalam usia 20-an sedang menghantar makanan kepada pelanggan mereka sebelum berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami.

"Saya percaya, lelaki ini memang berperanan sebagai tukang menghantar makanan setelah pasukan penguat kuasa beberapa kali terserempak dengan mereka di 'port' yang sering dijadikan tempat lepak oleh kaki ponteng puasa," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Ramadan di sekitar Melaka Tengah di sini hari ini.

Seorang lelaki (kiri) terkejut apabila diserbu penguatkuasa JAIM ketika sedang membeli makanan di sebuah warung di Bukit Rambai.
Seorang lelaki (kiri) terkejut apabila diserbu penguatkuasa JAIM ketika sedang membeli makanan di sebuah warung di Bukit Rambai.

Dalam operasi yang dijalankan bermula dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang bersama 13 anggota itu, Rahimin berkata, sebanyak 25 premis telah diperiksa membabitkan sekitar Klebang, Tangga Batu, Sungai Udang, Bukit Rambai, Pantai Puteri, Pekan Tanjung Kling, Kampung Hailan dan Melaka Sentral.

Menurutnya sebanyak lima saman untuk hadir memberikan keterangan di pejabat JAIM telah dikeluarkan di bawah Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan:

"Jika sabit kesalahan, mereka yang tidak berpuasa boleh didenda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara bagi kesalahan pertama, manakala denda sebanyak RM2,000 atau setahun penjara bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali.

"Antara mereka termasuk dua diambil tindakan ketika sedang merokok, dua sedang membeli makanan termasuk seorang warga Pakistan dan seorang lagi melibatkan peniaga makanan. Kesemua mereka berumur antara 35 hingga 57 tahun," katanya.

Sebanyak 25 poster berkaitan kempen penghayatan Ramadan turut diedarkan di premis makanan dan minuman yang diperiksa dalam operasi yang dijalankan itu.

Dalam perkembangan lain, Rahimin turut melahirkan rasa kesal terhadap tahap kebersihan beberapa premis makanan yang diperiksa termasuk segelintirnya menjadi tempat anjing liar berkeliaran.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani menampal poster penghayatan Ramadan di sebuah premis makanan di Tanjung Kling.
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani menampal poster penghayatan Ramadan di sebuah premis makanan di Tanjung Kling.