[VIDEO] Jenazah kesembilan tragedi kepala air selamat dikebumikan

Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat pada pagi Sabtu.
Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat pada pagi Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Jenazah mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, Muhammad Fikri Saliman, 24, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda di sini pada jam 7 pagi Sabtu.

Jenazah Muhammad Fikri yang dibawa menaiki van jenazah bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira jam 10 malam pada Jumaat.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Sri Pengkalan, Kampung Parit Kuda pada pagi Sabtu.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Sri Pengkalan, Kampung Parit Kuda pada pagi Sabtu.

Van jenazah yang diiringi peronda polis itu tiba di pekarangan Masjid Sri Pengkalan, Kampung Parit Kuda pada jam 4.15 pagi untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Sebelum itu, mayat Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, seorang daripada mangsa lemas ditemui jam 9.20 pagi pada Jumaat.

Sabtu lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu keluarga tersebut dari Batu Pahat, Johor dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.

Setakat ini, sembilan jasad mangsa tragedi itu telah ditemukan sejak tujuh hari operasi pencarian dijalankan bermula Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3

Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B

Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung, fokus di sektor A