Peraduan Genius IQ PTPTN dilancarkan

A
A
A

Farah (kanan) bersama Ahmad Dasuki menunjukkan contoh peraduan yang akan bermula 9 Julai hingga 10 Ogos ini.
Farah (kanan) bersama Ahmad Dasuki menunjukkan contoh peraduan yang akan bermula 9 Julai hingga 10 Ogos ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menganjurkan peraduan bertemakan aplikasi myPTPTN iaitu Genius IQ PTPTN yang akan bermula pada 9 Julai 2023 hingga 10 Ogos 2023 ini.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peraduan kali ketiga dengan kerjasama Sinar Harian itu akan dilaksanakan menerusi dua platform iaitu akhbar dan digital.

“Bagi pembaca yang ingin menyertainya melalui akhbar boleh mendapatkannya pada terbitan mulai 9 Julai 2023.

“Pembaca perlu muat turun aplikasi myPTPTN, daftar butiran peribadi dan cetak tangkap layar profi l akaun myPTPTN serta menjawab kesemua 10 soalan silang kata dan lengkapkan butiran peribadi.

“Seterusnya, hantarkan keratan borang peraduan bersama cetakan tangkap layar profi l akaun myPTPTN ke alamat Peraduan Genius IQ PTPTN Sinar Harian atau melalui WhatsApp dan Telegram di talian 019-213 3315,” katanya.

AHMAD DASUKI
AHMAD DASUKI

Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran peraduan tersebut yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin.

Hadiah RM15,000

Ahmad Dasuki menambah, bagi penyertaan di platform digital, orang ramai boleh mengakses soalan menerusi laman sesawang Sinar Harian atau mengimbas kod QR di dalam akhbar bermula 13 Julai 2023 hingga 10 Ogos 2023.

Jelasnya, hadiah yang ditawarkan berjumlah RM15,000 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dan kepingan emas 999.9 serta barangan eksklusif PTPTN.

Peraduan bertemakan aplikasi myPTPTN, Genius IQ PTPTN menawarkan hadiah lumayan untuk dimenangi.
Peraduan bertemakan aplikasi myPTPTN, Genius IQ PTPTN menawarkan hadiah lumayan untuk dimenangi.

“Pemenang tempat pertama bakal memenangi RM5,000 dan tiga gram emas 999.9 serta barangan eksklusif PTPTN.

“Untuk tempat kedua, pemenang mendapat RM2,500, dua gram emas 999.9 berserta barangan eksklusif, tempat ketiga RM700, satu gram emas 999.9 dan barangan eksklusif. Seramai 20 orang pemenang sagu hati bakal menerima RM250 dan barangan eksklusif kami,” tambah beliau.

Mengulas lanjut, jelasnya penggunaan tema aplikasi myPTPTN bagi peraduan kali ini bertujuan untuk menyebar luas informasi kepada masyarakat di luar sana mengenai perkhidmatan mudah alih baharu yang disediakan oleh PTPTN iaitu aplikasi myPTPTN.

Ke arah pendigitalan

Menurut Ahmad Dasuki, ia selari dengan usaha PTPTN ke arah pendigitalan iaitu semuanya hanya di hujung jari dan secara tidak langsung bersesuaian dengan peredaran zaman yang menuju ke arah pendigitalan.

Aplikasi myPTPTN ini akan membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di mana-mana sahaja tanpa sempadan dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Majlis pelancaran peraduan bertemakan aplikasi myPTPTN iaitu Genius IQ PTPTN berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Majlis pelancaran peraduan bertemakan aplikasi myPTPTN iaitu Genius IQ PTPTN berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Antara kelebihan aplikasi ini adalah pelanggan boleh membuat transaksi bayaran balik dan penambahan deposit Simpan SSPN serta perkhidmatan lain dengan lebih mudah hanya menggunakan satu platform sahaja.

“Buat ibu bapa di luar sana sekiranya masih tercari-cari platform simpanan yang memfokuskan kepada simpanan untuk pendidikan, Simpan SSPN adalah pilihan bijak untuk anak-anak,” katanya.

Jelasnya lagi, ibu bapa atau penjaga turut berpeluang mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan maksimum RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai untuk menyertai Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2023 ini yang menawarkan hadiah menarik kepada 138 orang pemenang dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM500,000 melibatkan Cabutan Tahunan dan lima (5) Cabutan Siri.

“Bagi cabutan siri yang sedang diadakan kini adalah Kempen Cabutan WOW! Merdeka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai hampir RM50,000 untuk dimenangi. Kempen ini bermula pada 1 Jun hingga 31 Ogos 2023,” katanya.

PTPTN juga sentiasa mencari langkah dan strategi terbaik untuk para pendeposit.

Oleh itu, sebagai hadiah istimewa kepada para pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat penabungan dalam jangka masa panjang, PTPTN akan memberikan insentif khas iaitu Ganjaran Kesetiaan.

Ganjaran Kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi iaitu bermula 5 April 2023 hingga 31 Julai 2023. Insentif ini layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019.

AIROL FADLEY
AIROL FADLEY



Sementara itu, Ketua Jabatan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, pihaknya amat berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan PTPTN bagi menjayakan peraduan ini. Ujarnya, Sinar Harian telah mengikat hubungan sebagai rakan kongsi strategik dengan perbadanan itu sejak 10 tahun lalu.

“Peraduan ini merupakan acara kali ketiga yang diadakan selepas Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN pada tahun 2022 dan Peraduan Uji Minda Merdeka PTPTN x Sinar pada 2021.

“Bagi Peraduan Uji Minda Merdeka PTPTN x Sinar, kita memperolehi sekitar 1,000 ke 2,000 penyertaan manakala Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN melibatkan lebih 10,000 penyertaan.

“Kali ini kita harapkan penyertaan lebih banyak lagi dan mencapai lebih 20,000,” katanya sambil memberitahu, peraduan kali ini akan turut dijayakan dengan beberapa penampilan pempengaruh terkenal.