Kisah tokoh masyarakat Baba, Nyonya dibukukan

Vivienne menyampaikan buku hasil tulisannya kepada Chee Leong sebagai tanda cenderahati.
Vivienne menyampaikan buku hasil tulisannya kepada Chee Leong sebagai tanda cenderahati.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Peranan tokoh masyarakat Baba dan Nyonya terkenal di Melaka, mendiang Tan Kim Seng diabadikan menerusi sebuah buku biografi bertajuk Tan Kim Seng - A Biography.

Biografi ditulis Vivienne Tan, isteri kepada Prof Walter Tan yang juga cucu tokok itu menceritakan tentang sejarah, latar belakang serta jasa mendiang dalam masyarakat berkenaan.

Pelancaran disempurnakan Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong yang mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari di sini hari ini.

Chee Leong berkata, penerbitan buku tersebut adalah usaha baik dari kaum kerabat Kim Seng untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan, kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya kepada masyarakat terutama kaum Baba dan Nyonya di negeri ini.

"Saya yakin buku ini mampu memberi inspirasi bukan sahaja dalam kalangan waris dan keturunan baba nyonya, tetapi juga masyarakat khususnya di negeri ini," katanya di majlis berkenaan di sini hari ini.

Mendiang Kim Seng adalah tokoh Baba Nyonya yang terkenal dilahirkan di Melaka pada tahun 1806.

Buku bertajuk Tan Kim Seng - A Biography ditulis Vivienne.
Buku bertajuk Tan Kim Seng - A Biography ditulis Vivienne.

Beliau generasi ketiga dari keluarganya yang terlibat dalam dunia perdagangan dan perniagaan sekitar tahun 1820-an dan mendapat pendidikan awal di sekolah swasta Cina di Melaka.

Artikel Berkaitan:

Kerana hubungan erat dengan komuniti Baba dan Nyonya serta peniaga di Melaka, beliau dilantik sebagai ketua dalam komuniti Baba Nyonya.

Penubuhan Yayasan Tan Kim Seng adalah sebagai mengenangkan jasa beliau malah sebuah jambatan berhampiran Dutch Square ke Jalan Hang Jebat turut diberi nama Tan Kim Seng.

Mendiang turut menyumbang sebidang tanah di Jelutong untuk dijadikan tanah perkuburan bagi masyarakat Cina di negeri ini.

Cucunya Tan Jiak Kim turut menyumbang menara jam di Dutch Square sebagai tanda peringatan terhadap Kim Seng.