Peserta konvoi 'supercar' disaman halang lalu lintas

Video tular memaparkan aksi sekumpulan kereta mewah melakukan aksi konvoi dan menghalang lalu lintas. - Gambar kecil: Hussein
Video tular memaparkan aksi sekumpulan kereta mewah melakukan aksi konvoi dan menghalang lalu lintas. - Gambar kecil: Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Polis telah mengeluarkan saman kepada konvoi kereta mewah di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) yang tular dalam satu rakaman video.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rakaman video berdurasi 49 saat yang dimuat naik di media sosial itu memaparkan beberapa kereta mewah dipandu secara konvoi dan menyebabkan halangan lalu lintas kepada pengguna jalan raya lain, pada Ahad.

"Kita telah memanggil pemilik akaun (media sosial) untuk siasatan dan seterusnya mengeluarkan saman atas kesalahan halangan lalu lintas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan, kesesakan dan kesusahan yang tidak sepatutnya kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Sebarang ketidakpatuhan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan," katanya.