Pusat sembelihan haram alirkan sisa darah lembu ke sungai

Ani (kanan) memeriksa sistem saliran buangan sisa darah sembelihan yang dibuang ke sungai.
Ani (kanan) memeriksa sistem saliran buangan sisa darah sembelihan yang dibuang ke sungai.
A
A
A
HULU KELANG - Sebuah pusat sembelihan yang beroperasi secara haram di Kemensah dikesan mengalirkan sisa darah lembu memasuki anak sungai berhampiran.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan berkata, Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad telah menjalankan pemeriksaan ke lokasi tersebut sebaik menerima aduan daripada orang awam.

Menurutnya, sebanyak tiga kompauan bernilai keseluruhan RM2,500 dikenakan ke atas penguasaha terbabit atas pelbagai kesalahan.

"Kompaun pertama mengikut Seksyen 47(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana menumpahkan darah masuk ke dalam sesuatu tempat awam (anak sungai) dengan nilai kompaun RM250.

Ani (kiri) turun ke lokasi sejurus mendapat maklumat pusat sembelihan lembu yang beroperasi secara haram.
Ani (kiri) turun ke lokasi sejurus mendapat maklumat pusat sembelihan lembu yang beroperasi secara haram.

"Kompaun kedua adalah mengikut Seksyen 70, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana melakukan sesuatu kacau ganggu / meletakkan kekotoran (mengalirkan darah sembelihan) ke anak sungai dan dikenakan kompaun RM1,000," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Ujarnya, kesalahan ketiga pula kerana menjalankan aktiviti perniagaan jualan daging lembu dan aktiviti penyembelihan tanpa lesen daripada MPAJ di bawah Undang-undang Kecil Tred, Perindustrian dan Perniagaan (MPAJ) 2007 dengan kompaun bernilai RM1,000.

MPAJ berkata, menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen, menimbulkan kacau ganggu serta mengalirkan kekotoran ke dalam sungai adalah suatu kesalahan.

MPAJ menasihatkan peniaga mdmberikan kerjasama dan mematuhi undang-undang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan.