PRN: Pendirian Muda gerak solo tindakan berani - Shahril Hamdan

Muda mengumumkan untuk ‘bertarung’ di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Muda mengumumkan untuk ‘bertarung’ di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendirian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk bergerak secara sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi merupakan tindakan berani.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan memaklumkan, pihaknya menyambut baik langkah itu memandangkan sudah tiba masanya untuk Muda memiliki pendirian dan tidak dilayan seperti parti 'kelas kedua' di dalam gelanggang politik.

Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.

"Saya yakin Muda dan Syed Saddiq faham risiko masuk PRN sebagai third force ini ada kemungkinan dia tak menang langsung, kalau dia betul-betul third force (kuasa ketiga).

"Tetapi saya yakin selepas itu dia akan berterusan atas platfom yang sama dan rakyat Malaysia boleh mengadili sekurang-kurangnya keberanian Muda untuk ambil risiko itu berbanding mengambil jalan lebih selamat dengan runding kerusi." katanya.

Terdahulu, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan, anggapan bahawa Muda 'tergesa-gesa' selain enggan bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berasas.

Beliau mendakwa, pihaknya sebelum ini telah menghantar tiga surat memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH) namun tidak dilayan.

Pada Isnin, Syed Saddiq memutuskan partinya akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sekali gus membuka satu anjakan paradigma dalam arus politik nasional kini. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Muda buka permohonan pada orang ramai jadi calon

PRN: Muda cadang Exco, Menteri Besar wajib isytihar harta

Tidak ada orang bukan Melayu nak ubah nama Malaysia

PRN: Muda bertanding bukan sebab kuasa, mahu semak dan imbang

PRN: Tindakan Muda tanding solo sia-sia - Tun M

'Muda hantar 3 surat kepada PH namun tidak dilayan' - Syed Saddiq

PRN: Muda umum ‘bertarung' solo di 6 negeri