Penggunaan bas elektrik alternatif perkasa konsep kampus hijau

Nik Nazmi semasa Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Sumber Manusia Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman berlangsung di Auditorium Sinar Harian, pada Isnin. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor
Nik Nazmi semasa Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Sumber Manusia Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman berlangsung di Auditorium Sinar Harian, pada Isnin. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pihak pengurusan universiti boleh menggunakan bas elektrik sebagai alternatif bagi memperkasakan konsep kampus hijau.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan, meskipun cadangan itu sukar untuk dilaksanakan namun, ia dapat mengurangkan kebergantungan mahasiswa terhadap bas yang menggunakan bahan api dan fosil.

“Secara umumnya, nak kurangkan bas (di kampus) kena ada alternatifnya. Saya tahu mungkin perkara itu dilihat agak luar kotak dan sukar, tetapi kalau universiti boleh mendapatkan sebahagian bas elektrik di Kuala Lumpur, misalnya Rapid KL dan sebagainya yang membekalkan kenderaan itu.

“Jadi tidak timbul soal pelepasan karbon dan sebagainya di dalam kampus,” katanya ketika dalam sesi soal jawab Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan berhubung saranan untuk pihak universiti menggalakkan konsep kampus hijau melalui pengurangan bas yang menggunakan bahan api.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut menyentuh salah satu usaha Kementerian Pengangkutan untuk penggunaan kenderaan mikro mobiliti di negara ini yang mana dapat melengkapkan sistem pengangkutan awam.

“Kelengkapan mikro mobiliti yang ada ini boleh digunakan untuk kegunaan mahasiswa dan orang ramai, yang boleh mengurangkan lagi kebergantungan kita kepada bas-bas yang menggunakan bahan api fosil,” ujarnya.