Mangsa banjir meningkat sedikit di Kuantan

BANJIR MELAKA
BANJIR MELAKA
A
A
A

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat sedikit, selepas 431 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, berbanding 421 orang pada tengah hari tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 8 malam ini, sebanyak tujuh PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa yang terdiri daripada 118 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating masih tidak berubah dengan 122 mangsa daripada 33 keluarga, SK Sungai Ular (25 mangsa daripada tujuh keluarga), SK Kempadang (77 mangsa daripada 19 keluarga) dan SK Sungai Karang (63 mangsa daripada 21 keluarga).

PPS lain ialah Dewan Orang Ramai Balok (31 mangsa daripada lima keluarga), SK Sungai Isap Murni (50 mangsa daripada 12 keluarga) dan SK Beserah (63 mangsa daripada 21 keluarga). - Bernama

Artikel Berkaitan: