'Tony Pua ibarat kumpulan pelampau'- Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Mahdzir Khalid
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) Kedah menganggap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua antara tergolong dalam kumpulan ekstrem yang tidak memberikan kebaikan kepada parti sendiri dan juga rakan kongsi.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelibat individu seperti itu bukan sahaja berada di dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi juga dalam parti lain.

"Ada kumpulan yang dipanggil kumpulan pelampau, kumpulan ekstrem, wujud kumpulan (seperti) ini. Dia ada kumpulan ekstrem, ada sederhana moderate.

"Kalau Tony Pua dipanggil itu kumpulan ekstrem, pelampau, apa yang hendak dibuat semua tidak betul, dan mana-mana organisasi ada. Moderate dan pelampau, bila pelampau ini semua orang tidak betul.

"Kita letak Tony Pua, atau sesiapa yang seumpama dengannya, macam itu perangai, takkan boleh ubah, dia anggap dia yang betul, dia sahaja yang terbaik, orang lain tidak baik, orang lain semua jahat, itu mentaliti ekstrem, saya ingat Anthony Loke pun tolak orang seumpama ini, tidak boleh duduk (dalam pasukan)," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Jumaat berhubung kenyataan Tony Pua menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'pakatan korup'.

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu juga turut memberikan label sama kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.

Mahdzir yang juga Pengerusi UMNO Kedah berkata, perbezaan pendapat menjadi kebiasaan selepas BN dan PH berada di dalam Kerajaan Perpaduan namun perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Di Kedah setakat berunding dalam tiga empat bulan ini, tidak ada kumpulan ekstrem macam ini.

"Ini keluar (kenyataan) dalam satu jamuan memang tidak acceptable (diterima)

"Mereka tidak boleh control bila ekstremis ada dalam parti dia, tidak boleh kawan dengan orang, mungkin dalam BN pun ada, PN pun ada, PH pun ada," ujar beliau lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua

'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham

'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr Akmal

Kenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke