Tony Pua umpama 'gelandangan politik'

NOOR AZLEEN
NOOR AZLEEN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilihat cuba mencari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan menghentam Barisan Nasional (BN) kini bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, kenyataan 'panas' tersebut sudah tentu akan menarik perhatian media dan orang ramai sekali gus tumpuan diberikan kepada Tony Pua.

"Pemuda UMNO Johor menzahirkan rasa simpati dan kasihan dengan saudara Tony Pua. Kita faham sekarang sebagai seorang gelandangan politik (political outcast), beliau pastinya tercari-cari tempat dan kesempatan untuk kekal relevan.

"Beliau barangkali menaruh harapan bahawa dengan kenyataan-kenyataan yang sebegitu itu, dapatlah mencuri tumpuan dan ihsan daripada media dan orang ramai," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Noor Azleen menegaskan kenyataan Tony Pua itu langsung tidak memberi kesan kepada fokus dan matlamat utama UMNO ketika ini.

"Sekarang kita perlu pastikan kemenangan calon-calon daripada gabungan Kerajaan Perpaduan BN dan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan," katanya.

Media sebelum itu melaporkan, Tony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.

Tony dalam ucapan sama turut menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.

BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua

'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham

'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr Akmal

Kenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke