Dua kapal dagang Myanmar ditahan APMM

Salah sebuah kapal dagang dari Myanmar yang ditahan APMM.
Salah sebuah kapal dagang dari Myanmar yang ditahan APMM.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Dua buah kapal dagang dari Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas gagal mempamerkan dokumen yang sah.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kapal MV Khine Khine dan MV Shwe Ngw Lin Aung ditahan di kedudukan 0.4 dan 0.5 batu nautika Timur Laut Sungai Pinang pada jam 10.30 pagi dan 11 pagi selepas dilihat sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan mendapati 20 orang warga Myanmar berumur lingkungan 18 hingga 74 tahun berada di atas kedua-dua kapal dan gagal mempamerkan dokumen yang sah.

“Mereka akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Hamizan berkata, pihaknya akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di laut.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang 04-2626146.

Artikel Berkaitan: