Si meow diselamatkan bomba

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin menyelamatkan seekora kucing jantan yang terperangkap di bumbung tingkat tujuh pansapuri kuarters Hoshas pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin menyelamatkan seekora kucing jantan yang terperangkap di bumbung tingkat tujuh pansapuri kuarters Hoshas pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

TEMERLOH - Anggota bomba menjadi 'hero'selepas menyelamatkan seekor kucing jantan yang terperangkap di atas bumbung kuarters Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, kucing terbabit terperangkap di tingkat tujuh pangsapuri berkenaan sebelum berjaya diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin.

Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba Hasnuddin Husin berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.19 pagi

"Seramai lapan anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik sahaja tiba kita dapati kucing itu terperangkap di atas bumbung tepi bangunan kuarters.

"Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkannya menggunakan sistem anchor, full body harness dan tali Penyelamat," katanya.

Artikel Berkaitan: