X

Kindly register in order to view this article
!

Selamat bersara Tan Sri!

Ketua Polis Negara,
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi sebagai Ketua Polis Negara pada satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, esok.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dijadual menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Serah terima tugas akan dilakukan antara Mohamad Fuzi kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang akan menggantikan beliau secara kontrak bagi tempoh dua tahun.

Mohamad Fuzi juga akan diraikan pada majlis Perbarisan Paluan Berundur sempena persaraannya di Padang Kawad, Pulapol yang dijadual pada jam 4 petang esok.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan lantik Abdul Hamid sebagai KPN baharu

Beri sokongan kepada KPN baharu

Mohamad Fuzi dilahirkan pada 4 Mei 1959 berasal dari Parit, Perak.

Berpengalaman 35 tahun dalam PDRM, Mohamad Fuzi memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai Kadet ASP pada 8 Januari 1984.

Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya ialah Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada 1998 hingga 2005; Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman pada 2007 hingga 2009; Pengarah Pasukan Petugas Khas (Counter Terrorism) Bukit Aman pada 2009 hingga 2014; dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada 2015 hingga 2017.

Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya pada masa itu, Tan Sri Mohd. Bakri Zinin bersara wajib.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September 2017 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib dalam perkhidmatan awam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus