'Kedudukan Islam semakin terancam satu pembohongan'

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim ketika hadir pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim ketika hadir pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai terutamanya umat Islam diminta supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama menerusi perhimpunan yang dikatakan akan diadakan di ibu negara Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perhimpunan itu jelas merupakan dakyah pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih laba politik dengan sengaja mengapi-apikan sentimen ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan menasihati rakyat Malaysia supaya memelihara keharmonian kaum dan agama di negara kita,” katanya dalam wawancara bersama media mengenai kementeriannya sempena ulang tahun pertama kerajaan PH di sini hari ini.

Muhyiddin menegaskan dakwaan pihak tertentu kononnya kedudukan Islam di bawah pentadbiran PH semakin terancam adalah satu pembohongan.

“Apa yang pasti kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara tidak akan berubah (di bawah pentadbiran PH),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya memandang serius isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan institusi raja di media sosial. Tindakan tegas telah diambil oleh polis dengan 53 kes telah disiasat dan daripada jumlah itu lapan individu telah dituduh di mahkamah.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak