10,000 Langkah PJ-ICT Hunt 2023 beri kesedaran keselamatan ICT

Peserta Pertandingan 10,000 Langkah PJ-ICT Hunt 2023 yang berlangsung pada Sabtu.
Peserta Pertandingan 10,000 Langkah PJ-ICT Hunt 2023 yang berlangsung pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - Unit Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi pendedahan tentang keselamatan ICT dalam urusan kerja mahupun peribadi dengan menganjurkan Pertandingan 10,000 Langkah PJ-ICT Hunt 2023 pada Sabtu.

Pengarah Teknologi Maklumat dan Pengurus Program Kesedaran Keselamatan ICT, Samsul Bahari Nonchi berkata, pertandingan itu disertai 21 kumpulan yang terdiri daripada kakitangan MBPJ, rakan-rakan strategik dan pembekal ICT MBPJ antaranya Cyberlink, Saito, First City University College, Kyrol Antivirus, Kodewave serta Mantasoft.

Menurutnya, Pertandingan 10,000 Langkah PJ-ICT Hunt 2023 merupakan acara tahunan anjuran Unit Teknologi Maklumat sempena Program Kesedaran Keselamatan ICT 2023 yang bertemakan 'Keselamatan Digital Teras Kepercayaan' pada tahun ini.

"Pertandingan ini merupakan program kesedaran keselamatan ICT di bawah thematic Egovernance City dan menggabungkan elemen-elemen ICT, treasure hunt, amazing race dan health fitness.

"Sejumlah 10,000 langkah dikira menggunakan kreativiti peserta dan perlu dibuktikan melalui aplikasi fitness," katanya ketika ditemui di Laman MBPJ di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, elemen-elemen dalam pertandingan itu melibatkan thematic Learning City di mana peserta perlu menyediakan video dan berkongsi dalam platform media sosial.

Katanya, Pertandingan 10,000 Langkah PJ-ICT Hunt 2023 membantu thematic Economical Vibrant City memperkenalkan sebahagian dari tempat tarikan Petaling Jaya - PJKita dan mencapai sasaran bandaraya sihat di bawah Safe & Resilient City serta berjalan kaki tanpa menggunakan kenderaan untuk pengurangan pelepasan karbon di bawah thematic Low Carbon City.

Peserta Pertandingan 10,000 Langkah PJ ICT Hunt 2023 membantu thematic Economical Vibrant City perkenalkan sebahagian daripada tempat tarikan di Petaling Jaya, Selangor.
Peserta Pertandingan 10,000 Langkah PJ ICT Hunt 2023 membantu thematic Economical Vibrant City perkenalkan sebahagian daripada tempat tarikan di Petaling Jaya, Selangor.

Samsul Bahari menjelaskan, Petaling Jaya Smart, Sustainable And Resilient PJSSR 2030 merupakan Pelan Strategik MBPJ yang menjadi pelan pengurusan bandaraya jangka panjang yang mewujudkan transformasi organisasi dan tadbir urus bandaraya.

Menurutnya, terdapat 10 thematic yang menggabungkan beberapa jabatan, bahagian dan unit dalam satu thematic yang membincangkan dan mengadakan program secara kolaboratif.

"Jabatan, bahagian atau unit tidak lagi bergerak secara solo dan Unit Teknologi Maklumat sendiri terlibat dalam lima thematic iaitu Egovernance City, Learning City, Safe & Resilient City, Low Carbon City dan Smart City.

"Sesungguhnya blueprint ini berjaya memupuk rasa kerjasama antara jabatan. Saya berharap pertandingan ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengenali Petaling Jaya dan memupuk rasa kerjasama antara kita," katanya.

Juara Pertandingan 10,000 Langkah PJ-ICT Hunt 2023 berjaya dirangkul oleh kumpulan Tiger Nak Up, manakala naib juara disandang Kodewave dan tempat ketiga dimenangi PPD Petaling Utama.