MVA, ACATA gesa kerajaan kaji semula GEG

Dr Arifin Fii, Presiden, Pusat Advokasi Rawatan Ketagihan Lanjutan (ACATA) (kiri) dan Khairil Azizi Khairudin, (kanan) Presiden Malaysian Vapers Alliance (MVA) selepas sesi meja bulat anjuran MVA, semalam.

A
A
A

SHAH ALAM - Malaysian Vapers Alliance (MVA) dan Pusat Advokasi Rawatan Ketagihan Lanjutan (ACATA) menggesa kerajaan supaya memikirkan semula untuk melaksanakan dasar generasi penamat perokok (GEG).

MVA menerusi kenyataan pada Khamis berkata, pandangan tersebut disuarakan semasa sesi meja bulat yang dihoskan persatuan berkenaan sempena Hari Vape Sedunia 2023.

Presiden MVA, Khairil Azizi Khairuddin, berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan untuk menghapuskan cadangan dasar GEG selain mengiktiraf potensi vape sebagai alat pengurangan bahaya bagi membantu mengurangkan kelaziman merokok di negara ini.

"Saya adalah bekas perokok yang berjaya berhenti menggunakan vape yang secara ketara kurang berbahaya daripada tembakau. Inilah sebabnya saya sangat bersemangat memperjuangkan hak pengguna vape.