Dua lagi suspek gaduh di Tampoi ditahan

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di Tampoi, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh, kedua-dua suspek dalam lingkungan 15 hingga 36 tahun itu ditahan sekitar jam 1.15 tengah hari Selasa di sekitar Johor Bahru.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek itu akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru, esok (Rabu).

“Seramai 14 individu melibatkan 13 lelaki dan seorang perempuan berusia antara 15 hingga 36 tahun telah ditangkap sehingga kini,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, polis menahan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di Tampoi 27 Mei lalu.

Malah, video insiden pergaduhan berdurasi 28 saat itu turut tular di media sosial.

Insiden pergaduhan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pelajar bergaduh di Kempas gara-gara dibaling pemadam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 365 KK dan Seksyen 385 KK.