Jajaran lebuhraya Pan Borneo empat lorong dua hala dibuka Julai depan

Mohd Anuar Mohd Tahir.
Mohd Anuar Mohd Tahir.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa jajaran di Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang dinaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala akan mula dibuka kepada orang ramai Julai ini.

"Perkembangan ini bakal mengurangkan ketidakselesaan pengguna jalan raya dalam tempoh pembinaan lebuh raya itu," kata Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya hari ini.

Bagi projek sama di Sabah, Mohd Anuar berkata sehingga kini, 12 daripada 35 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor yang telah memulakan kerja pembinaan dengan status kemajuan keseluruhan projek mencapai 13.43 peratus.

Namun begitu, jelasnya, terdapat satu kontraktor pakej kerja melibatkan laluan Tawau ke Semporna telah ditamatkan kontrak disebabkan prestasi kerja tidak memuaskan.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: