Premis jual arak, rokok seludup diserbu

Tok Beng Yeow
Tok Beng Yeow
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menyerbu sebuah premis di Jalan Idaman, Taman Desa Idaman, Senai, malam tadi membongkar kegiatan penjualan arak dan rokok seludup.

Difahamkan, premis tersebut dijadikan lokasi penyimpanan dan urus niaga kepada penduduk khususnya pekerja kilang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, operasi yang dijalankan kira-kira jam 10 malam itu turut membawa kepada penahanan tiga lelaki termasuk dua warganegara Nepal berusia lingkungan 18 hingga 30 tahun.

“Kita berjaya merampas 326 botol arak pelbagai jenama dengan isipadu berbeza. Turut dirampas 63 karton rokok pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah kira-kira RM2,529," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek berserta barang rampasan di bawa ke IPD Kulai untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 32 (1) Akta Eksais 1976, Seksyen 135 Akta Kastam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Artikel Berkaitan: