Jokowi sokong rancangan pindah ibu negara Indonesia

Presiden Jokowi sokong rancangan memindahkan ibu negara Indonesia keluar dari bandar Jakarta. - Foto EPA-EFE
Presiden Jokowi sokong rancangan memindahkan ibu negara Indonesia keluar dari bandar Jakarta. - Foto EPA-EFE
A
A
A

JAKARTA - [DIKEMASKINI] Indonesia mempertimbangkan rancangan untuk memindahkan ibu negaranya keluar dari Jakarta, lapor pegawai kerajaan, semalam.

Idea untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan dari bandar raya Jakarta yang merupakan antara bandar dengan kesesakan lalu lintas paling teruk di dunia itu telah diperkatakan sejak sekian lama.

Menteri Perancangan Bandar, Bambang Brodjonegoro semalam berkata, rancangan pemindahan semula itu turut mendapat persetujuan Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mahu ibu negara Indonesia dipindahkan keluar dari pulau Jawa.

Menurut Bambang, Presiden Jokowi menyokong idea pemindahan semula, namun tidak menyatakan lokasi alternatif atau tarikh pemindahan terbabit.

Namun laporan media tempatan menyebut, antara bandar yang disebut sebagai calon ibu negara yang baharu ialah bandar Palangkaraya yang terletak di Kalimantan.

"Di masa depan, mampukah Jakarta menggalas beban sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan?.

"Sekiranya kita bersedia daripada awal, rancangan pemindahan semula ini boleh dilaksanakan," kata Jokowi dalam satu kenyataan.

Dihuni lebih 10 juta penduduk dan merupakan antara bandar yang semakin tenggelam akibat ekstrak berlebihan air bawah tanah, Jakarta tetap akan kekal sebagai hab kewangan negara.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Presiden Jokowi yang dilihat mampu mengekalkan jawatannya ekoran keputusan kiraan cepat yang memihak kepadanya, turut berjanji akan membawa kemajuan ekonomi yang lebih sekata buat negara yang dihuni 260 juta penduduk itu. - AFP