Setiausaha politik Tun M dikait 9 pertuduhan rasuah Isa

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip, dikaitkan dengan sembilan pertuduhan rasuah melibatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Berdasarkan sembilan pertuduhan tersebut, Muhammad Arip didakwa sebagai perantara kepada Mohd Isa menerima rasuah RM3.09 juta.

Mohd Isa dituduh menerima rasuah daripada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel melalui Muhammad Zahid.

Suapan tersebut sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian hotel berkenaan oleh Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Muhammad Zahid sebelum ini telah ditangkap oleh SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembeliah hotel itu dan telah direman selama lapan hari.
Artikel Berkaitan: