'Pulanglah Umair, keluarga risaukan awak'

Umair Fayed, salah seorang pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang.
Umair Fayed, salah seorang pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang.
A
A
A

TAMPIN - Tiga pelajar dilaporkan hilang dipercayai melarikan diri dari sebuah pusat tahfiz di Repah di sini, sejak lima hari lalu.

Ketiga-tiga pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu dipercayai lari dari pusat pengajian berkenaan kira-kira jam 2 pagi, Rabu lalu.

Bapa salah seorang pelajar tahfiz terbabit, Mahadhir Mat Lazim, 43, berkata, laporan berhubung kehilangan anaknya Umair Fayed, 13, dibuat di Balai Polis Bahau pada jam 10.28 malam untuk mendapatkan bantuan lanjut.

"Saya dihubungi madrasah kira-kira jam 8 pagi dan diberitahu anak saya melarikan diri daripada sekolah bersama dua rakannya yang lain. Mereka disedari hilang apabila tidak muncul untuk solat Subuh berjemaah

“Saya bergegas ke Tampin dan mencari anak saya di pekan selain di Kuala Pilah tapi tak berhasil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, dia turut menerima panggilan daripada orang ramai yang memaklumkan ternampak remaja terbabit di masjid sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya pada Jumaat dan Khamis lalu.

"Tapi apabila saya ke sana masih tidak menemuinya. Saya risau bila fikirkan keadaan anak yang selalu asma dan alahan teruk termasuk bengkak muka, sesak nafas dan pernah beberapa kali pengsan jika digigit serangga.

"Pulanglah Umair, mak, ayah dan adik-beradik semua risaukan awak. Tak perlu takut apa-apa, ayah mahu Umair balik ke pangkuan keluarga. Kalau ada masalah kita boleh bincang sama-sama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mahadhir berkata, anak keempat daripada enam beradik itu pertama kali melarikan diri dan tidak pernah berkelakuan sedemikian sebelum ini.

"Kali terakhir mereka dilihat ketika sedang mengaji di sebuah masjid di Damansara Damai Jumaat lepas dan ada AJK Masjid di situ menegur mereka hendak ke mana.

"Mereka beritahu hendak jumpa kawan di kawasan itu, kemudian kesemua mereka tidak lagi kelihatan sehingga semalam," katanya.

Jurutera yang dan menetap di Beranang, Selangor itu memohon bantuan orang ramai yang terlihat anak lelakinya itu supaya menghubunginya di talian 011-5623 1838.