Istana nafi penglibatan Raja Muda Selangor

Poster yang memaparkan gambar Tengku Amir menyertai Program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota didakwa bakal berlangsung esok. Gambar kanan: Kenyataan pejabat Raja Muda Selangor.
Poster yang memaparkan gambar Tengku Amir menyertai Program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota didakwa bakal berlangsung esok. Gambar kanan: Kenyataan pejabat Raja Muda Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam program Santai Teh Tarik bersama empat Putra Mahkota seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Setiausaha Sulit kepada Raja Muda Selangor, Saidatul Asyikin Muhammad Johar berkata, penggunaan gambar Tengku Amir juga tanpa kebenaran pihak Istana Selangor.

"Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Duli Yang Teramat MuliaTengku Amir Shah dalam program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota seperti tertera dalam poster yang tular baru-baru ini.

"Penggunaan gambar Raja Muda Selangor tanpa kebenaran rasmi pihak Istana Selangor juga amatlah dikesali," katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook Selangor Royal Office di sini, hari ini.

Menurutnya, rakyat diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu yang mengelirukan tanpa pengesahan rasmi Istana.

Terdahulu, tular gambar poster Program Santai Teh Tarik bersama 4 Putra Mahkota yang dijadualkan jam 5.30 petang esok di Mahkota Parade, Melaka.

Poster yang turut memaparkan gambar Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Mahkota Johor itu menjemput orang ramai hadir memeriahkan sesi minum petang bersama empat orang Putra Mahkota termasuk swafoto.

Bagaimanapun, gambar seorang lagi Tengku Mahkota tidak dipaparkan dalam poster tersebut.

Artikel Berkaitan: