SPRM sita dua akaun Bersatu

Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. - Foto Bernama
Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tindakan sitaan terhadap dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menerusi kenyataan pada Khamis, SPRM berkata, tindakan itu diambil pada 11 April lalu susulan siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

SPRM telah mengemukakan perintah tersebut mengikut Seksyen 50 AMLATFPUAA 2001 kepada bank.

Jelas suruhanjaya itu, akaun-akaun terbabit sebelum ini dibekukan pada 12 dan 13 Januari lelas mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.

Sebelum ini portal melaporkan parti itu mempersoalkan tindakan SPRM yang masih membekukan akaun Bersatu walaupun selepas 90 hari telah tamat.