Polis nafi kejadian kedai jual mercun meletup di Alor Setar

Video dalam aplikasi TikTok penama Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan sebuah kedai menjual telefon pintar.
Video dalam aplikasi TikTok penama Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan sebuah kedai menjual telefon pintar.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menafikan kejadian sebuah kedai menjual mercun meletup dan terbakar di Alor Setar seperti yang tular dalam media sosial pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 11.30 malam tadi.

“Polis telah menerima laporan mengenai video dalam aplikasi TikTok penama Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan sebuah kedai menjual telefon pintar di bandaraya ini.

“Selepas disiasat mendapati kejadian itu tidak berlaku di kawasan Alor Setar, sebaliknya berlaku di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya atau denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu beliau, menasihati orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya memviralkan isu berita palsu yang akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam. - Awani