WUIF, GPM teruskan misi World #QuranHour

Program World #QuranHour anjuran WUIF dan GPM yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Isnin.
Program World #QuranHour anjuran WUIF dan GPM yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Program World #QuranHour yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat seluruh dunia diteruskan dengan menerapkan konsep amal.

Pegawai Hubungan Luar Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Zaim Zamri berkata, penerapan konsep itu sebagaimana kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal diperluas dengan membantu golongan memerlukan.

“Minggu lepas adalah kempen kenalkan Surah Al-Insan kepada seluruh dunia dan bezanya dengan program hari ini adalah kita laksanakan konsep amal sebagaimana yang terkandung dalam slogan al-Quran iaitu baca, faham dan amal.

“Oleh itu kita tidak hanya bercakap tentang intipati surah tersebut tetapi 'membumikan' isi kandungan surah berkenaan dengan cara praktikal (iaitu) memberi makan kepada golongan yatim, miskin dan sebagainya.

“Inisiatif ini selari dengan tuntutan Al-Insan yang bukan sekadar ajak orang untuk bagi makan, tetapi kita sendiri laksanakan dengan memberi (makanan),” katanya ketika ditemui selepas program World #QuranHour sempena Grand Iftar for Humanity pada Isnin.

Zaim
Zaim

Dalam pada itu Zaim memaklumkan, program berkenaan merupakan kesinambungan daripada World #QuranHour yang dianjurkan minggu lalu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kali ini turut mendapat kerjasama daripada Global Peace Malaysia (GPM).

“Asasnya program ini kita bawakan tema ‘value to humanity’ seperti yang disaran dalam Surah Al-Insan dengan mendekati mereka yang memerlukan.

“Kerjasama ini adalah kali pertama berlangsung dan diharapkan pada masa akan datang akan ada lebih ramai yang sudi untuk menganjurkna program seperti ini,” ujarnya.

Nurul Najihah
Nurul Najihah

Sementara itu Eksekutif Komunikasi Korporat GPM, Nurul Najihah Mohd Rafee berkata, tema yang dianjurkan dalam Surah Al-Insan bertepatan dengan fungsi agensi berkenaan dalam menyebar luas sifat membantu dan menyantuni golongan memerlukan.

“Tema dalam Surah Al-Insan sangat dekat dengan kerja amal kebajikan yang GPM lakukan sebagai sebuah badan kemanusiaan, selain menerapkan sabar dan syukur.

“Kami mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan WUIF menganjurkan program ini untuk menaikkan ‘value’ sabar dan syukur kepada manusia sejagat, bukan hanya kepada golongan asnaf dan pelarian malah kepada kami sebagai pekerja kebajikan,” katanya.

Sebagai rekod, World #QuranHour merupakan kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal yang dianjurkan di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 13 April lalu.