Lelaki mengaku lakukan amang seksual terhadap anak saudara

Tertuduh (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen pada Jumaat kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya.
Tertuduh (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen pada Jumaat kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya.
A
A
A

MELAKA - Seorang pemuda dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 28 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Berdasarkan dua pertuduhan itu, tertuduh didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Perbuatan itu dilakukan pada jam 1.26 tengah hari dan 2 petang di sebuah rumah di sini pada 9 April lalu.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan selain memohon hukuman berbentuk pemenjaraan dikenakan terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman setimpal dan sebat berdasarkan faktor mangsa masih kanak-kanak serta syarat tambahan tertuduh perlu menjalani kaunseling pemulihan serta diletakkan di bawah pengawasan polis tidak kurang setahun selepas dibebaskan.

Mohd Sabri kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 April 2023.