Pendatang Yahudi racun perigi

Pendatang Yahudi sering melakukan konfrontasi ke atas penduduk Palestin di selatan Al-Khalil di Tebing Barat.
Pendatang Yahudi sering melakukan konfrontasi ke atas penduduk Palestin di selatan Al-Khalil di Tebing Barat.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Sekumpulan pendatang haram Yahudi membuang bahan toksik beracun ke dalam sebuah perigi di selatan Al-Khalil di Tebing Barat semalam.

Pegawai tempatan, Rateb Al-Jabour berkata pendatang terbabit dipercayai dari penempatan haram Maon di timur Yatta.

Katanya, saksi melihat peneroka haram Yahudi tersebut membuang sebuah tong plastik berwarna biru ke dalam perigi yang digunakan penggembala kambing Palestin di kawasan Al-Hamra.

"Penggembala tempatan berdepan konfrontasi hampir setiap hari daripada pendatang Yahudi dalam usaha menghalau mereka keluar dari tanah yang didiami.

"Namun, kali ini mereka semakin melampau apabila bertindak mencemari satu-satunya sumber air bersih yang terdapat di kawasan Al-Hamra," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: