World #QuranHour jadi instrumen pembentukan karamah insaniah

Roslan (dua dari kanan) bersama sebahagian murid SK Rahang yang terlibat dalam program World #QuranHour pada Khamis.
Roslan (dua dari kanan) bersama sebahagian murid SK Rahang yang terlibat dalam program World #QuranHour pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - World #QuranHour boleh dijadikan sebagai instrumen untuk mencapai matlamat pembentukan karamah insaniah dalam kalangan pelajar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata, al-Quran itu mampu membentuk adab dan akhlak seseorang pelajar.

"Sudah tentu program ini dapat membantu proses mendidik dan membentuk para pelajar. Sebab itulah sejak di prasekolah lagi anak-anak didekatkan dengan ilmu al-Quran.

"Tapi yang pentingnya kita mahu mereka menjadikan membaca al-Quran itu budaya dalam kehidupan yang bukan sekadar dibaca tetapi juga difahami ayat-ayatnya menerusi tadabbur," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program World #QuranHour di Sekolah Kebangsaan Rahang di sini pada Khamis.

Seramai 380 murid Tahun 3 hingga 6 terlibat dalam program World #QuranHour di SK Rahang pada Khamis.
Seramai 380 murid Tahun 3 hingga 6 terlibat dalam program World #QuranHour di SK Rahang pada Khamis.

Roslan berkata, World#QuranHour perlu disokong oleh semua pihak dan diperluaskan.

Ujarnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sentiasa menyokong apa saja bentuk program yang dapat membentuk sahsiah dan akhlak pelajar.

Sementara itu, katanya, seramai 187,000 pelajar di 333 buah sekolah di Negeri Sembilan terlibat dalam program berkenaan.