Festival Ramadan Putrajaya lanjut operasi sehingga 5 pagi

Orang ramai memenuhi FRP 2023 bagi mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri.
Orang ramai memenuhi FRP 2023 bagi mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Warga Putrajaya atau sekitar yang mencari kelengkapan Aidilfitri di saat akhir kini boleh menarik nafas lega apabila Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023) melanjutkan operasinya sehingga 5 pagi bermula Isnin.

Penganjur FRP 2023, Shahrul Musa berkata, pelanjutan operasi sehingga sebelum subuh itu merupakan kelainan berbanding tamat 12 tengah malam sebelum ini.

"Di FRP 2023 ini ada 250 vendor yang mana 75 peratus merupakan vendor pakaian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

FRP 2023 terletak di Dataran Putrajaya Presint 3.
FRP 2023 terletak di Dataran Putrajaya Presint 3.

Menurutnya, pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung festival antaranya diskaun sehingga 50 peratus menerusi promosi Happy Hour.

"Kita turut tampil kelainan baharu tahun ini yang mana diadakan juga fashion show melibatkan 10 jenama butik," katanya.

Beliau berkata, seramai 500,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan FRP 2023 kali ini.

"Saya yakin ia dapat dicapai menerusi pelbagai program dan aktiviti sepanjang penganjuran festival itu,” ujar Shahrul.