Had usia teksi, e-hailing dilanjutkan

Had usia teksi dan e-hailing dilanjutkan sehingga 15 tahun. - Gambar hiasan
Had usia teksi dan e-hailing dilanjutkan sehingga 15 tahun. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Had usia penggunaan teksi dan e-hailing dilanjutkan kepada 15 tahun.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan langkah itu sejajar dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambah baik sistem pengangkutan negara.

"Pelanjutan had usia teksi dan e-hailing ini terguna pakai bagi kedua-dua kelas teksi dan e-hailing di Semenanjung Malaysia dan bagi kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Labuan," kata agensi itu.

Menurut APAD, pelanjutan itu terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023 serta melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri ini terjamin," katanya.

Sehubungan itu, pemain industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya menjadikan

perkhidmatan ini sebagai mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti.