Polis rakam percakapan ibu bapa mangsa kebakaran

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis Muar telah memanggil kedua-dua ibu bapa empat kanak-kanak yang terkorban dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, Rabu lalu untuk sesi rakaman percakapan.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, sesi rakaman percakapan bagi Nabila Sedu, 31, dan Thein Ko Htut, 30, masih belum selesai.

“Dia macam ni hari ni (Jumaat), IO (Pegawai Penyiasat) baru dapat hantar barang kes ke JB (Johor Bahru) ke kimia... sebelum Jumaat dia hantar.

“Bila dia balik (ke Muar) dari JB tengah rakamlah tu, belum selesai lagi. Selesai rakaman mak ayah, nak rakam jiran-jiran dan yang siap bagi statement dalam tv (televisyen).

“Semua tu nak confirmkan (sahkan),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam insiden kebakaran Rabu lalu, empat beradik berusia tiga hingga lapan tahun ditemui meninggal dunia dalam bilik air di rumah berkenaan.

Fatimah Aisyah, 3, Mustakim, 4, Mohd Hakim, 6, dan Puteri Aisyah Tenko To, 8, dipercayai bersembunyi di bilik air berkenaan dalam usaha menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran yang berlaku sekitar 7.49 malam itu.

Ketika kejadian, Nabila dilaporkan tiada di rumah kerana keluar sebentar sementara Ko Htut pula bekerja.

Sementara itu, Raiz Mukhliz berharap agar kesemua keterangan yang bakal diberikan dapat membantu siasatan kes berkenaan.