Trend kes keracunan meningkat, JKN Perak pergiat Op Payung

Dr Sirajuddin menyerahkan apron kepada peniaga, Asiah Suliman, 45, sempena Op Payung di Taman Perpaduan dekat Tambun pada Khamis.
Dr Sirajuddin menyerahkan apron kepada peniaga, Asiah Suliman, 45, sempena Op Payung di Taman Perpaduan dekat Tambun pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Kes keracunan makanan di Perak menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua tahun sejak keadaan negara pulih daripada pandemik Covid-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim.

Beliau berkata, trend peningkatan hampir 100 peratus itu merekodkan 37 kes tahun lepas berbanding hanya 19 kes tahun 2020 dan 2021.

"Setakat Februari, enam kes keracunan telah dicatatkan. Kita tidak mahu kes ini terus meningkat kerana trend menunjukkan sudah ada peningkatan.

"Kemungkinan semasa tempoh Covid-19 tidak ramai peniaga menjalankan perniagaan, jadi kes keracunan makanan berkurangan, namun apabila keadaan semakin pulih, lebih ramai peniaga mula berniaga, kes agak meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Op Payung di Taman Perpaduan, Tambun dekat sini pada Khamis.

JKN Perak akan melaksanakan Op Payung di seluruh negeri secara berperingkat terutama sebelum Ramadan ini bagi memastikan peniaga mendapat sedikit ilmu mengenai kaedah pengendalian makanan yang baik.
JKN Perak akan melaksanakan Op Payung di seluruh negeri secara berperingkat terutama sebelum Ramadan ini bagi memastikan peniaga mendapat sedikit ilmu mengenai kaedah pengendalian makanan yang baik.

Dr Sirajuddin berkata, kejadian keracunan makanan itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan terkawal kerana kes yang dilaporkan tidaklah tinggi berbanding negeri lain.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dengan kerjasama agensi lain akan terus mempergiat operasi termasuk Op Payung bagi memastikan makanan dijual peniaga adalah bersih dan selamat.

"Kita akan laksanakan Op Payung di seluruh negeri secara berperingkat terutama sebelum Ramadan ini kerana kita nak pastikan peniaga mendapat sedikit ilmu mengenai kaedah pengendalian makanan yang baik.

"Seperti pagi ini, kita buat penguatkuasaan secara mendidik dengan menekankan perkara penting seperti perlu ada suntikan dan lesen latihan pengendali bagi mengurangkan risiko berlakunya keracunan makanan," katanya.