X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki tetak tangan adik dengan golok

MOHD ZAMRI
A
A

JERTIH – Seorang lelaki sanggup menetak tangan adik dengan golok hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi dalam kejadian di Kampung Baru Bahagia, Anak Musang dekat Jabi, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang selepas tercetus pertengkaran mulut antara mangsa berusia 26 tahun dan suspek berusia 33 tahun di rumah ibu bapa mereka.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek dikatakan meminta sejumlah wang daripada mangsa namun tidak diendahkan.

Menurutnya, keengganan mangsa memenuhi kemahuan suspek menyebabkan abangnya naik angin lalu mengambil sebilah golok lalu bertindak menetak tangan mangsa.

“Pertengkaran itu disedari bapa mereka yang berusia 69 tahun dan kemudian membawa mangsa mendapat rawatan di Hospital Besut sementara suspek terus melarikan diri," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Mohd Zamri berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis bersama bapa mereka di Balai Polis Jerteh semalam untuk tindakan lanjut.

“Polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!