Covid-19: 223 kes baharu, tiada kematian dilaporkan

Malaysia merekodkan sebanyak 9,380 kes aktif Covid-19 sehingga tengah malam Sabtu. - Foto hiasan/Bernama
Malaysia merekodkan sebanyak 9,380 kes aktif Covid-19 sehingga tengah malam Sabtu. - Foto hiasan/Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 223 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal sebanyak 36,967 kes.

Sementara itu, sebanyak 9,380 kes aktif Covid-19 dicatatkan dengan 9,077 atau 96.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 298 pesakit lagi ditempatkan di hospital.

Lima pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 193 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,998,845 kes.