251 kes baharu Covid-19, tiada kematian

 Sebanyak 251 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, dengan satu daripadanya merupakan kes import.
Sebanyak 251 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, dengan satu daripadanya merupakan kes import.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 251 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,967 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 9,350 kes dengan 9,012 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 332 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak enam pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, dua pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 197 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,998,652 kes.