PKNK sumbang zakat RM17,135

Abdul Rahman (tengah) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Zanita di SK Permatang Buluh, di sini, kelmarin.
Abdul Rahman (tengah) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Zanita di SK Permatang Buluh, di sini, kelmarin.
A
A
A

ALOR SETAR - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menyalurkan sumbangan zakat bernilai RM17,135 kepada pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buluh, di sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Abdul Rahman Abdullah berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkenaan melibatkan seramai 149 pelajar dan keluarga yang kurang berkemampuan dengan menerima sumbangan zakat dan peralatan persekolahan.

"Kita berharap bantuan seumpama itu yang diberikan memberi semangat kepada pelajar dalam menuntut ilmu, sekali gus dapat meringankan beban ditanggung keluarga mereka.

"Saya berharap dengan bantuan disampaikan sedikit sebanyak meringankan beban pelajar memerlukan di sekolah ini, walaupun jumlahnya tidak banyak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program CSR PKNK: Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Zakat kepada keluarga dan pelajar -pelajar SK Permatang Buluh, baru-baru ini.

Abdul Rahman (tengah) menyerahkan sumbangan kepada pelajar di SK Permatang Buluh, di sini, kelmarin.
Abdul Rahman (tengah) menyerahkan sumbangan kepada pelajar di SK Permatang Buluh, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Guru Besar SK Permatang Buluh, Nor Zanita Bakar.

Menurutnya, PKNK juga telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar di sekitar daerah Kota Setar, Pendang dan Kuala Muda/Yan, serta penduduk Kampung Pida 3 Jerlun pada suku tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, katanya, PKNK merupakan sebuah agensi kerajaan negeri berperanan dalam bidang utama seperti perladangan, hartanah, perindustrian, pelancongan, pelaburan dan keusahawanan, sekaligus merupakan peneraju utama membangunkan ekonomi Kedah.

Namun begitu, katanya, PKNK sentiasa mengambil berat berkenaan dengan menjadikan program CSR sebagai keutamaan dan terpenting setiap tahun, walaupun kesibukan menguruskan bidang utama itu.

"Bantuan diberikan diharapkan sedikit sebanyak membantu mereka dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Malah, bantuan turut disalurkan melalui kerja-kerja sosial, pendidikan, anak-anak yatim dan fakir miskin," katanya.