Niaga sambil sedekah, peniaga apam balik kekal harga 50 sen

PANTAI REMIS, 5 Mac -- Peniaga Mohammad Puzee Mat Ajid, 63, menjual apam balik dengan harga RM 0.50 sekeping ketika ditemui Bernama di Pantai Remis baru-baru ini.
Beliau ketika ditemui Bernama berkata meskipun berlaku peningkatan harga barangan, ianya bukan satu alasan untuk menaikkan harga sebaliknya beliau bertekad untuk mengekalkan harga jualan apam balik dengan RM0.50 sen sekeping.
Menurutnya, walaupun hanya mencari rezeki dengan menjual apam balik sejak 26 tahun lalu, beliau masih mampu meraih keuntungan sehingga mampu membesarkan enam anaknya.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
PANTAI REMIS, 5 Mac -- Peniaga Mohammad Puzee Mat Ajid, 63, menjual apam balik dengan harga RM 0.50 sekeping ketika ditemui Bernama di Pantai Remis baru-baru ini. Beliau ketika ditemui Bernama berkata meskipun berlaku peningkatan harga barangan, ianya bukan satu alasan untuk menaikkan harga sebaliknya beliau bertekad untuk mengekalkan harga jualan apam balik dengan RM0.50 sen sekeping. Menurutnya, walaupun hanya mencari rezeki dengan menjual apam balik sejak 26 tahun lalu, beliau masih mampu meraih keuntungan sehingga mampu membesarkan enam anaknya. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

LUMUT - Harga barangan yang semakin meningkat bukan alasan bagi seorang peniaga apam balik meningkatkan harga jualannya, sebaliknya masih mengekalkan harga 50 sen sekeping sejak 25 tahun lepas.

Mohammad Puzee Mat Ajid, 63, yang berasal dari Kampung Sungai Batu, Pantai Remis berkata, dia tidak mahu mengambil keuntungan berganda dan bersyukur dapat beramal sambil berniaga apatah lagi jualan apam baliknya mendapat sambutan baik pelanggan merentasi bangsa.

Apatah lagi dalam situasi ekonomi yang menghimpit kini, dia mahu membantu pelanggan kurang berkemampuan dan masih mampu meraih keuntungan malah percaya dengan kekuatan rezeki.

Senang disapa 'Pakcik Puzee' beliau masih boleh tersenyum kerana dapat membesarkan keenam-enam anaknya hasil menjual apam balik yang diwarisi daripada abangnya.

Memulakan perniagaan sejak 1997, katanya, setiap hari dia akan membancuh 10 kilogram bancuhan tepung yang mampu menghasilkan lebih kurang 1,000 keping apam balik.

"Saya masih ingat ketika memulakan perniagaan sendiri pada usia 37 tahun selepas mendapat anak keempat, hasil titik peluh menjual apam balik, saya dapat menyara keluarga kami lapan beranak.

"Ketika itu saya masih bekerja dengan abang saya di Manjung menjual apam balik, kemudian apabila melihat saya susah nak bergerak maka dia berikan saya dapur dan minta saya usahakan sendiri malah menyuruh anaknya membantu saya selama sebulan," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

PANTAI REMIS, 5 Mac -- Peniaga Mohammad Puzee Mat Ajid, 63, (kiri) menjual apam balik dengan harga RM 0.50 sekeping ketika ditemui Bernama di Pantai Remis baru-baru ini.
Beliau ketika ditemui Bernama berkata meskipun berlaku peningkatan harga barangan, ianya bukan satu alasan untuk menaikkan harga sebaliknya beliau bertekad untuk mengekalkan harga jualan apam balik dengan RM0.50 sen sekeping.
Menurutnya, walaupun hanya mencari rezeki dengan menjual apam balik sejak 26 tahun lalu, beliau masih mampu meraih keuntungan sehingga mampu membesarkan enam anaknya.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
PANTAI REMIS, 5 Mac -- Peniaga Mohammad Puzee Mat Ajid, 63, (kiri) menjual apam balik dengan harga RM 0.50 sekeping ketika ditemui Bernama di Pantai Remis baru-baru ini. Beliau ketika ditemui Bernama berkata meskipun berlaku peningkatan harga barangan, ianya bukan satu alasan untuk menaikkan harga sebaliknya beliau bertekad untuk mengekalkan harga jualan apam balik dengan RM0.50 sen sekeping. Menurutnya, walaupun hanya mencari rezeki dengan menjual apam balik sejak 26 tahun lalu, beliau masih mampu meraih keuntungan sehingga mampu membesarkan enam anaknya. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Warga emas itu berkata, pada awalnya dia meletakkan harga 3 keping RM1 kemudian menjadi 5 keping RM2 dan terakhir sekeping 50 sen agar pelanggan berkemampuan untuk membeli.

"Niat utama saya adalah untuk lebih ramai dapat merasai apam balik saya dan rezeki ni ALLAH SWT dah tetapkan maka usahlah kita risau malah tak jatuh miskin pun jika kita bersedekah.

"Pelanggan ni ada bermacam-macam gelagat atau perangai jadi prinsip saya mudah, ada kalanya pelanggan datang bawa pisang, kismis atau kelapa untuk diletakkan dalam apam balik. Saya ikutkan sahaja,” katanya yang sentiasa memenangi hati pelanggan.

Keistimewaan apam balik Pakcik Puzee terletak pada kerangupan dan tekstur kuihnya selain aromanya yang menyelerakan.

"Jika balik ke Pantai Remis saya pasti singgah gerai Pakcik Puzee sebab anak saya amat gemarkan apam balik beliau, rasa sedapnya lain dari yang lain, masih rangup walaupun sudah sejuk,” kata pengunjung setia, Meredayu Naim, 40.

Bagi Maisarah Zainul Abidin, 33, dia memuji usaha yang dilakukan Pakcik Puzee mengekalkan harga 50 sen sekeping dan perlu menjadi contoh kepada peniaga lain.

"Harganya memang murah sebab rata-rata yang saya tengok peniaga jual pada harga RM1 atau 70 sen dan bagi saya berbaloilah kalau beli banyak,” katanya yang turut memuji peniaga itu yang pandai menjaga hati pelanggan serta peramah. - Bernama