Pelancong lemas ketika selam snorkel

Lai Jun Hong
A
A

BESUT - Seorang pelancong lemas ketika melakukan aktiviti selam snorkel di Pulau Rawa dekat pulau peranginan Pulau Perhentian pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Lai Jun Hong, 22, dari Taman Molek, Johor Bahru, Johor disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.20 tengahari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa mandi bersama empat yang lain apabila tiba-tiba didapati lemas.

Menurutnya, mangsa snorkeling dengan memakai jaket keselamatan sebelum kejadian disedari oleh pemandu bot yang berada di kawasan tersebut lalu memaklumkan kepada seorang pemandu bot lain.

“Pemandu bot berusaha memberi bantuan oksigen kepada mangsa sepanjang perjalanan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.

“Bagaimanapun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di klinik tersebut jam 12.20 tengahari," katanya.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa di bawa ke Kuala Besut sebelum dihantar ke Unit Forensit Hospital Jertih untuk bedah siasat jam 3 petang ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia