Dua beradik lemas ketika berkelah

Dua kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di Sungai Sepang Kechil, Sepang pada Ahad. - Foto Bomba Selangor
Dua kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di Sungai Sepang Kechil, Sepang pada Ahad. - Foto Bomba Selangor
A
A
A

SEPANG - Dua beradik perempuan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di Sungai Sepang Kechil di sini pada Ahad.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 petang.

Menurutnya, terdapat tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an serta dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan tujuh tahun.

"Mangsa dua kanak-kanak itu telah dijumpai 50 meter dari tempat mereka dilaporkan lemas dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM).

"Usaha mencari lelaki terbabit masih giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa berusia sembilan tahun berjaya dibawa naik oleh lelaki terbabit sebelum hilang ketika cuba menyelamatkan mangsa berumur tujuh tahun.

Katanya, Pos Kawalan Operasi Bomba telah dibuka di lokasi kejadian.

"Usaha mencari lelaki terbabit masih dilakukan," katanya.