Belajar tinggi pun tak boleh bezakan restoran dan perpustakaan!

Tidak salah pun mahu 'study' di restoran makanan segera atau di kafe tetapi perlu ada 'common sense'. - Foto hiasan/123RF
Tidak salah pun mahu 'study' di restoran makanan segera atau di kafe tetapi perlu ada 'common sense'. - Foto hiasan/123RF
A
A
A

MINGGU lalu Merak Jalanan bersama rakan-rakan wanita berjanji temu untuk me time. Melepaskan penat lelah selepas sibuk dengan tugasan sepanjang hari.

Kami berjanji bertemu di sebuah restoran makanan segera. Sebaik sahaja tiba, punya susah nak mencari meja kosong. Penuh dengan pelajar kolej. Semuanya nampak struggle membuat tugasan dan mengulang kaji. Laptop dan paper work bersepah atas meja.

Zaman Merak Jalanan dulu, kalau nak study tentulah di perpustakaan, tak selesa kalau nak belajar di restoran atau kafe. Lagipun dulu restoran makanan segera tak banyak. Kafe hipster pun tak wujud lagi.

Seiring perkembangan zaman, belajar serta membuat tugasan di restoran atau kafe kini sudah menjadi trend.

Namun, agak menjengkelkan dan membuatkan Merak Jalanan ‘panas hati’ apabila kena sound ketika kami sedang rancak berbual.

Rasanya suara kami masih terkawal menggunakan tone yang rendah sebab menghormati mereka yang sedang study. Gelak pun masih sopan, bukannya terbahak-bahak tak tentu hala.

Kami pula yang diminta senyap dan hormat mereka yang sedang belajar. Mungkin geng pelajar itu berkhayal berada di perpustakaan barangkali.

Berada di restoran makanan segera, apa yang mereka jangkakan? Seolah-olah kami melakukan dosa besar jika berbual.

Bagi Merak Jalanan, tidak salah pun mahu study di restoran makanan segera atau di kafe tetapi agak-agaklah, perlu ada common sense.

Jika restoran tidak sesak dengan pelanggan, bolehlah siapkan tugasan di situ tetapi jika nampak ada pelanggan lain terpaksa menunggu meja kosong, berilah kepada yang memerlukan.

Jangan pula tetapkan peraturan sendiri, minta pelanggan lain kunyah makanan 40 kali dengan senyap dan telan.

Apa pun Merak Jalanan harap geng study yang tegur kami tu belajarlah rajin-rajin supaya jadi pandai dan kaya budi bahasa, bukannya semakin sombong dan miskin adab.