Susur masuk simpang Genting Highlands dari KL ditutup esok

Penutupan jalan masuk Genting Highlands dari Kuala Lumpur di Kilometer 36.5 ditutup pada Rabu bermula 11 pagi hingga 4 petang.
Penutupan jalan masuk Genting Highlands dari Kuala Lumpur di Kilometer 36.5 ditutup pada Rabu bermula 11 pagi hingga 4 petang.
A
A
A

KUANTAN - Jalan susur masuk ke persimpangan Genting Highlands dari Kuala Lumpur di Kilometer 36.5 ditutup pada Rabu bermula 11 pagi hingga 4 petang susulan kerja-kerja pembaikan kecemasan Digi di kawasan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Anih Berhad dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pengguna yang ingin ke Genting Highlands boleh menggunakan laluan pusingan U selepas terowong Genting Sempah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

Bagaimanapun, pihak Anih Berhad akan membuka laluan tersebut sekiranya perlu demi memastikan kelancaran trafik.

"Pengguna juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan pada waktu tersebut keselesaan mereka.

"Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, sila ikuti saluran rasmi media sosial Anih Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia).Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT - Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88-7752," katanya.