Ibu berkorban derma hati demi anak

KUANTAN - Seorang ibu bersedia untuk mendermakan sebahagian hati kepada anaknya, Bazly Yusuf Mohd Barkhia yang mengalami masalah hati sejak lahir.
Nur Marhaini Ismail, 31, sanggup berkorban demi memastikan Bazly, 3, dapat meneruskan hidup secara normal seperti kanak-kanak lain.
"Organ (hati) saya sesuai dengan Bazly dan pembedahan akan dilakukan bagi memindahkan sebahagian hati saya kepada Bazly.
"Pembedahan itu akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kami akan ditahan selama sebulan untuk proses rawatan dan pemantauan terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.